Apa yang anda perlu tahu untuk pilih Broker Forex?

Apa yang anda perlu tahu untuk pilih Broker Forex?

Apa yang anda perlu tahu untuk pilih Broker Forex?Ok, untuk menjawab soalan ni, kena tau luas sikit. Mai saya permudahkan. Ada tiga jenis Broker.

  • No Dealing Desk
  • Market Maker
  • ECN (Electronic Communications Network)

Market Maker

Broker jenis ni jadi orang tengah. Dia ada dealing desk. Dia ambil untung dari spread harga. Dulu-dulu, orang takut nak masuk dalam broker jenis ni sebab takut dia buat bagi kita rugi.Tapi itu dulu, sekarang market maker dah dipantau dengan ketat oleh banyak badan badan security dunia. Kalau hampa trade kecil-kecil , tak ada masalah guna broker jenis ni. Tak payah takut la.

Contoh: Pak Bahadur nak buy GOLD pada pukul 8 pagi Malaysia. Waktu itu liquidity sikit. Duit dalam market tak banyak . Tak banyak orang nak sell.Waktu itu yang kebanyakan orang, buat teori mengatakan , market maker akan sell position mereka pada Pak Bahadur sebab dia tak jumpa orang yang nak sell . Bila jadi isu Pak Bahadur betting against Broker (bet melawan broker), di sini yang orang takut broker manipulasi harga untuk makan stoploss Pak Bahadur.

No Dealing Desk

Broker jenis ni tak ada dealing desk. Dia tak campur tangan dalam trade anda. Dia ambil untung dari spread atau komisyen.

Contoh: Pak Mak On nak buy EUR/USD dengan lot 0.01. Broker NDD akan cari orang yang nak jual dari liquidity provider dia untuk jual pada Pak Mak On. Dia mark up la sikit pada harga spread, buat upah dia cari.

ECN (Electronic Communications Network)

Broker jenis ni paling canggih, paling padok. Dia pakai komputer terus.Bila kita buy, sistem komputer mereka automatik akan cari siapa nak sell. Broker ni sendiri tak tahu kita order apa dan takkan campur tangan dalam order kita. Macam order kat Shoppee , hehe. Dia ambil untung dari komisyen sahaja. Spread kalau ada pun sangat-sangat sedikit.

Contoh: Pak Abu nak buy GBP/JPY pada harga 155.344 dengan lot 0.01. Komputer akan cari terus siapa yang nak sell pair yang sama dengan Pak Abu dan akan rahsiakan nama Pak Abu. Pak Abu dapat buat entry yang tepat sebab spread dia sangat kecil. Entry sniper zero float bagaikan Tok Kajai. Tapi Pak Abu kena bayar komisyen la. Sebab itu scalper sangat suka pakai broker ECN.

Nasihat saya pada trader

  • Kalau anda ada hujah sendiri untuk trade forex tanpa meragui keharamannya, silakan.
  • Kalau tak ada hujah tapi nak baca hujah ustaz yang kata ia halal, baca post saya yang lepas.
  • Saya no komen pasal halal haram forex ni, saya doktor, bukan ustaz. Kalau nak gaduh pasal hukum, pergi cari ustaz , saya tak pandai.
  • Untuk permulaan , pakai je broker apa pun , janji islamik , janji ada No Deposit Bonus.
  • Kalau dah pro, dan dah nak letak modal sendiri ,saya nasihatkan pakai broker ECN.
  • Broker yang saya recommend di sini adalah broker yang saya pernah pakai dan tiada masalah.
  • Kalau saya buat list ni sebab nak makan duit affiliate, saya akan rekemen 100 jenis broker, broker yang lagi mencurigakan tu lagi banyak dia kasi komisyen, tapi saya takkan buat kerja keji tu.
  • Saya juga takkan rekemen broker yang saya tak pernah pakai , taknak ada masalah pada anda.
  • List ni akan diupdate lepas saya try broker-broker baru.
  • Yang tak suka broker yang saya rekemen pun tak ada masalah, saya pun tak pernah try semua, kalau ada yang lagi best , boleh share kat saya.
  • Web ini ditulis untuk trader, dari trader yang pernah gagal , jadi saya nak yang baik-baik ja untuk hampa semua , nak permudah jalan untuk berjaya.

No deposit Bonus

Bonus jenis ni yang best dia, tak payah letak duit kita sesen pun dah boleh trading. Tapi kita tak boleh la withdraw duit bonus tu. Cukup untuk buat kita rasa macam kita trade duit betul, tapi bukan duit kita. Yang best dia , kalau kita profit, boleh withdraw tau profit tu. Jangan la profit 2 USD terus withdraw, nanti dia akan tolak juga 2 USD dari bonus yang dia bagi tu.

Bonus ni bukan duit free, tapi boleh la guna untuk kita cuba trade. Kalau duit ni duit free, baik tak payah kerja dah, buat ja akaun forex banyak-banyak. Cadangan saya jangan withdraw terus kalau ada profit. Gunakan ia sebagai modal kita. Kalau habis bonus tu nak buat camana? Buka je akaun dari broker lain, kan banyak saya bagi ni.

Niat saya, saya akan try sebanyak mungkin broker forex yang ada no deposit bonus,kalau broker ok , saya akan share kat sini. Jadi pembaca saya tak payah keluar duit susah-susah untuk trade. Pakai bonus dulu sementara nak pandai. Rajin-rajin lah melawat post ni ya kalau duit bonus anda dah habis.

Ia bermakna hutang kita pada broker. Kita takkan mampu masuk satu lot pun kat forex kalau tak ada leverage. Semakin tinggi hutang kita pada broker, semakin tinggi profit yang kita boleh dapat. Kalau kita loss pun semakin besar lah. Kalau broker tu cakap dia sediakan leverage 1:50 , maknanya kita perlu 2% je modal untuk trade. Lagi 98% dia bagi pinjam.

Spread adalah beza antara harga harga ask dan harga bid.

Spread= ASK – BID

Harga ask adalah harga yang seller sudi untuk sell.

Harga bid adalah harga yang buyer sudi untuk buy

Dari beza spread ni lah kebanyakan broker ambil untung.

Kalau nak trade guna spread kecil, buka akaun ECN , sebab ECN ambil untung guna cara komisyen.

Copy trade

Banyak broker macam E- Toro , Octa fx , Insta Forex, FX TM , IC Market , Ava Trade bagi kita copy terus trade professional trader untuk kita dapat untung. Saya tak kata broker-broker ni tak bagus. Octa FX tu broker terbaik Asia tahun 2021 kot. Tahun 2021 ni ramai orang kena kurung dalam rumah sebab PKP dan ramai orang belajar trading. Jadi bila dia kena handle banyak order trader baru tanpa gagal dan dia berjaya pula menang anugerah broker terbaik tahun ni, kira dia sangat bagus la.

Gambar di atas saya ambil dari website LiteForex.LiteForex siap tunjuk lagi success rate top trader mereka untuk kita pilih. Tengok dia punya all time profitability tu ha. Tak terliur ke tengok? Deposit je terus copy. Dah la LiteForex ni pakai ECN. Boleh follow rapat. Tak payah nak baca berpuluh-puluh muka surat nota saya, tak payah nak buat latihan banyak-banyak. Daftar dan pilih je di LiteForex. Lepastu pilih je nak beli kereta apa nak beli tayang kat IG. Mustang ke Lambo ke Porsche Panamera ke. Senangnya forex ni kan?

Saya Ok je dengan broker kat atas, tapi jujurnya saya tak setuju dengan amalan copy trading.

  • Ketahuilah wahai teman, tak ada seorang pun orang jadi jutawan di dunia ni dengan cara tiru trade orang.
  • Kita pun tak tahu professional trader mana yang kita tiru tu. Sehebat-hebat trader dalam dunia pun mesti ada loss punya. Bohong kalau tak loss. Saya pun loss, Pakya pun loss ,semua orang loss.
  • Kalau kita tiru, waktu untung seronokla , waktu rugi nak salah siapa pula?
  • Saya rasa kita kena ambil 100% tanggungjawab atas pelaburan kita. Rugi salah kita, untung pun sebab kita.
  • Kalau betul nak copy trade , saya cadang masuk Tabung Haji atau ASB.
  • Tabung Haji dan ASB ambil duit kita dan labur ke syarikat-syarikat halal dan berpotensi tinggi.
  • Kalau kita letak duit dalam akaun depa , kira macam kita copy trade depa la tu.
  • Untung yang kita dapat dari Tabung Haji dan ASB dah tetap , tak ada loss.
  • Anda fikir sendiri mana lagi baik dan buat keputusan.

Nak tengok broker yang saya test sendiri , baca post ni.

Untuk pelbagai info lain boleh layari laman web dan follow telegram dibawah:

– Untuk mengikuti kelas intensif khas saham secara PERCUMA di telegram boleh join channel telegram https://t.me/EntryBiru
– Ingin mendalami ilmu akhir zaman, perkara ghaib serta kisah para nabi dan malaikat? Layari https://www.harmagidun.com/
– Bagi mendapatkan sebarang info dan bahan pengajaran dan pembelajaran kurikulum sekolah rendah dan menengah boleh layari laman web https://sumberpendidikan.com/
– Untuk mendapatkan updet terkini secara lebih pantas dan mesra pengguna dari web sumberpendidikan boleh join channel telegram https://t.me/sumberpendidikan
– Sedang mencari tawaran kerja kosong kerajaan, GLC atau swasta? Layari travula.com.my

Semoga ALLAH permudahkan segala urusan kita tidak kira dalam apa jua bidang diceburi. Amin!

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *